TAKAFUL IKHLAS - IKHLAS Private Car Takaful


Pelan ini menyediakan perlindungan terhadap kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran kepada kenderaan atau kecurian kenderaan anda dan liabiliti kepada pihak lain bagi kecederaan atau kematian, kerosakan harta pihak lain.

* Selain daripada IKHLAS Private Car Takaful, anda juga boleh mndapatkan produk perlindungan Takaful kenderaan yang lain seperti di bawah:
a) IKHLAS Motorcycle Takaful; dan
b) IKHLAS Commercial Vehicle Takaful


TAKAFUL IKHLAS - Bantuan Ikhlas 24 Jam

Kami di Takaful IKHLAS memastikan pelanggan-pelanggan kami dilindungi dengan baik. 

Pelan Komprehensif Motor Takaful memberi perkhidmatan Bantuan Jalanraya 24 Jam Bantuan IKHLAS. Anda hanya perlu mendail 1-800-88-1186 untuk bantuan sekiranya terjadi kerosakan kecemasan atau kemalangan jalanraya.

Perkhidmatan Bantuan IKHLAS

1. Bantuan Kecemasan dan Tundaan
Jika kenderaan anda rosak dan tidak dapat bergerak, pusat panggilan kami akan menghantar khidmat penundaan sehingga 50km bagi membaiki kerosakan dan/atau penundaan kenderaan anda ke bengkel panel kami yang terdekat atau kediaman pemandu.
2. Bantuan di Jalanraya
Melibatkan penghantaran & penggantian bateri baru, ‘jumpstart’, bantuan bagi tayar pancit & penghantaran minyak petrol (harga tayar, bateri & minyak petrol adalah ditanggung oleh peserta).



BAYARAN HIBAH
Hibah adalah hadiah daripada pihak syarikat secara sukarela. Takaful IKHLAS menawarkan Hibah kepada peserta yang layak sekiranya tiada sebarang tuntutan difailkan dalam tempoh perlindungan kepada semua peserta produk Takaful Am. Takaful IKHLAS telah membuat agihan Hibah sejak dari tahun 2012.


Tuntutan Kenderaan Bermotor

Prosedur Tuntutan Motor
Cara-cara mudah untuk membuat tuntutan kemalangan kenderaan

Langkah 1
Ambil gambar kerosakan kenderaan di tempat kejadian.

Langkah 2
Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.

Langkah 3
Memaklumkan kepada Takaful IKHLAS dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2723 9999 (waktu pejabat) atau pergi ke cawangan yang berdekatan. Jika kenderaan masih boleh di pandu, sila hantar kenderaan ke bengkel panel yang berhampiran, atau pun sila hubungi nombor talian bebas kami 1-800-88-1186 (24jam/7hari) untuk perkhidmatan penundaan.

Langkah 4
Serahkan dokumen-dokumen berikut kepada pihak bengkel:-

  • Borang Laporan Kemalangan Kenderaan
  • Laporan Polis
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan
  • Salinan Lesen Memandu dan Kad Pengenalan Pihak Peserta dan Pemandu
  • Salinan Sijil Takaful atau Nota Perlindungan

Langkah 5
Pihak bengkel atau Takaful IKHLAS akan menghubungi anda dari masa kesemasa untuk tujuan makluman berkenaan tuntutan tersebut.



Prosedur Kecurian Kenderaan Bermotor

Langkah 1
Membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.

Langkah 2
Memaklumkan kepada Takaful Ikhlas Berhad dalam tempoh 14 hari dari tarikh kehilangan kenderaan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2723 9999 (waktu pejabat) atau pergi ke cawangan yang berdekatan.

Langkah 3
Serahkan dokumen-dokumen berikut kepada pihak Takaful Ikhlas Berhad:-

  • Borang Tuntutan yang telah Dilengkapkan
  • Laporan Polis Yang Asal
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan
  • Salinan Sijil Takaful
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta dan Pemandu



Prosedur Kerosakan Cermin Kereta
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: -

  • Borang Tuntutan Cermin Kereta yang telah Dilengkapkan.
  • Laporan Polis (Jika Ada)
  • Gambar-gambar yang Menunjukkan Kerosakan
  • Gambar-gambar Selepas Pembaikan
  • Resit Pembaikan Asal
  • Salinan Buku/Penyata Bank ( E-Payment)



Prosedur Kemalangan Melibatkan Kecederaan/Kerosakan Kenderaan Pihak Ketiga

Langkah 1
Laporkan kejadian kepada polis dalam tempoh 24 jam.

Langkah 2
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-27239696 atau pejabat cawangan kami yang terdekat untuk memaklumkan kemalangan. Kami akan menghantar boring laporan kemalangan melalui pos atau anda sendiri boleh mengambil laporan kemalangan di Pusat Khidmat Pelanggan di ibu pejabat atau cawangan yang berdekatan ataupun memuat turun borang yang disediakan dalam laman ini.

Langkah 3
Sila unjurkan kepada kami sekirannya pihak Tuan menerima sebarang surat atau saman dari peguam pihak ketiga.


Borang-borang tuntutan;



AQAD DAN KEBENARAN
Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua pernyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan Saya/Kami. Saya/Kami bersetuju bahawa segala pernyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful di antara Saya/Kami dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "pihak Syarikat") dan ianya disifatkan sebagai termaktub dalam perjanjian ini.

Saya/Kami bersetuju bahawa sumbangan Takaful Saya/Kami akan diuruskan oleh pihak Syarikat berdasarkan kepada prinsip Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat serta menepati Syariah. Saya/Kami bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 25% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Lanjutan daripada itu, Saya/Kami juga bersetuju bahawa baki daripada sumbangan takaful Saya/Kami akan disalurkan ke dalam Dana Risiko dan Dana Khas berdasarkan Tabarru'(derma) untuk membantu Peserta lain yang ditimpa musibah dan selebihnya akan dilaburkan oleh pihak Syarikat. Sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut, jika ada, akan dimasukkan semula ke dalam Dana Risiko. Saya/Kami juga memahami bahawa lebihan bersih dari Dana Risiko, jika ada, akan diagihkan kesemuanya kepada Peserta atas kaedah Hibah.


DAPATKAN HARGA TAKAFUL KENDERAAN ANDA - KLIK SINI

Post a Comment

.

Takaful

  • Takaful is an insurance concept which is grounded in Islamic Muamalat, observing the rules and regulations of Shariah. It is a concept that has been in practice for over 1,400 years.
  • Shariah is a complete Law and System to protect Islam and its adherents. Islamic Law covers many aspects of our lives and relationship, in personal, family, communal, as well as military, economics, and international matters.
  • In principle, the Takaful system is based on mutual cooperation, responsibility, assurance, protection and assistance between groups of participants. In other words, it is the provision of shared contributions to help those who are in need.
  • Takaful is defined as a mutual arrangement between parties in which they agree to provide material assistance to one another or a group, in time of a misfortune.
  • The Takaful scheme fulfills the spirit of Islamic Jurisprudence (Shariah) which is the combination of the concept of co-operation, protection, and responsibility and they are implemented together.

.

Takaful in Malaysia

  • Malaysia is a pioneer in the development and regulation of Takaful business.
  • There are currently 9 Takaful Operators in Malaysia and 2 Retakaful Operators.
  • Malaysia is also the first and only country to have industry-wide business intelligence on takaful business via the ISM Knowledge Management Services (ISM-KMS).
  • To support the rapid growth of the Takaful sector, Takaful members of ISM are able to benchmark their performance against both conventional as well as other Takaful operators in the industry using the Business Intelligence Reports available via the ISM-KMS.
  • Business Intelligence is a key enabler for Takaful members of ISM to manage the rapid growth of their business to ensure they remain competitive, efficient and stable in today’s global marketplace.

.

Understanding the Takaful Contract

  • The current Takaful practice uses a combination of two types of ‘Aqad (contract). These are the Tabarru' (donation) and Mudharabah (investment) contracts which are free from the elements of Riba (interest), Maisir (gambling) and Gharar (uncertainty).
  • In the Tabarru' contract, participants agree to donate or contribute to a fund with a sincere intention of helping each other to assume the monetary losses and misfortunes that may befall any of them.
  • In the Mudharabah contract, however, participants contribute to a fund that is managed by the Takaful company and share in the profits from such investment.

  © Blogger template Snowy Winter by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP