Bantuan Kerosakan Dan Towing 24 Jam
A) TAKAFUL IKHLAS - Bantuan Ikhlas 24 Jam
Kami di Takaful IKHLAS memastikan pelanggan-pelanggan kami dilindungi dengan baik.
Pelan Komprehensif Motor Takaful memberi perkhidmatan Bantuan Jalanraya 24 Jam Bantuan IKHLAS. Anda hanya perlu mendail 1-800-88-1186 untuk bantuan sekiranya terjadi kerosakan kecemasan atau kemalangan jalanraya.
Perkhidmatan Bantuan IKHLAS
1. Bantuan Kecemasan dan Tundaan
Jika kenderaan anda rosak dan tidak dapat bergerak, pusat panggilan kami akan menghantar khidmat penundaan sehingga 100km (umlah maksimum RM300) bagi membaiki kerosakan dan/atau penundaan kenderaan anda ke bengkel panel kami yang terdekat atau kediaman pemandu.
Jika kenderaan anda rosak dan tidak dapat bergerak, pusat panggilan kami akan menghantar khidmat penundaan sehingga 100km (umlah maksimum RM300) bagi membaiki kerosakan dan/atau penundaan kenderaan anda ke bengkel panel kami yang terdekat atau kediaman pemandu.
2. Bantuan di Jalanraya
Melibatkan penghantaran & penggantian bateri baru, ‘jumpstart’, bantuan bagi tayar pancit & penghantaran minyak petrol (harga tayar, bateri & minyak petrol adalah ditanggung oleh peserta).
Melibatkan penghantaran & penggantian bateri baru, ‘jumpstart’, bantuan bagi tayar pancit & penghantaran minyak petrol (harga tayar, bateri & minyak petrol adalah ditanggung oleh peserta).
DAPATKAN HARGA TAKAFUL KENDERAAN ANDA - KLIK SINI
B) TAKAFUL MALAYSIA - Perkhidmatan Tele Bantuan
Kami bersedia membantu
Kita tidak dapat meramalkan bila kita akan mengalami kerosakan kereta – sama ada kenderaan kehabisan bateri ataupun tayar pancit. Jangan khuatir, kami bersedia untuk membantu anda melalui perkhidmatan Tele Bantuan kami.Apakah Tele Bantuan?
Tele Bantuan merupakan program bantuan kecemasan kereta 24/7 yang disediakan untuk semua peserta yang layak dibawah perlindungan Takaful Motor Persendirian Komprehensif*.Apakah yang dilindungi dibawah Tele Bantuan?
-
Kerosakan
Jika kenderaan anda mengalami kerosakan, anda layak untuk mendapatkan perkhidmatan berikut:
Pembaikan Kerosakan Kecil di Bahu Jalan 24/7
Pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan membantu dan membaiki kenderaan di bahu jalan. Pembaikan kerosakan kecil di bahu jalan adalah pembaikan yang boleh dilakukan di tempat kejadian. Sebagai contoh perkhidmatan “jumpstart”, penukaran bateri atau tayar, penghantaran kecemasan petrol dan/atau kerja-kerja pendawaian kecil.
Perkhidmatan Tunda 24/7
Jika kenderaan anda tidak boleh dibaiki di tempat kejadian, pengendali perkhidmatanTele Bantuan kami akan menyediakan perkhidmatan tunda ke bengkel panel Takaful Malaysia. Anda akan dilindungi untuk kos buruh dan tundaan sehingga jumlah maksimum RM300 setahun. Semua kos lain termasuk penggantian alat ganti kenderaan dan tol, jika ada, adalah di bawah tanggungan anda.
-
Kemalangan
Jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan, pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan menyediakan perkhidmatan tunda percuma sehingga jumlah maksimum sebanyak RM200 ke bengkel panel Takaful Malaysia yang berhampiran.
Sila klik di sini untuk situasi/perkara yang tidak dilindungi di bawah perkhidmatan Tele Bantuan.
Siapa yang perlu saya hubungi sekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau kemalangan?
Sila hubungi nombor talian 24 jam Tele Bantuan kami di
1800-888-788 untuk bantuan.
DAPATKAN HARGA TAKAFUL KENDERAAN ANDA - KLIK SINI